Tuesday, December 23, 2008

Akhirnya.....



Akhirnya.....

Alhamdulillah...aku kembali setelah lama bercuti daripada menulis,bukan kerana tiada idea untuk menulis ,tapi terlalu sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi recession yang mendatang bersama teman-teman seperjuangan yang sanggup memberikan sokongan tak lupa juga kepada teman istemewa yang sanggup bersusah senang bersama demi mencapai kejayaan,terima kasih semua,aku bersyukur kerana mempunyai teman-teman seperti anda semua...walaupun penat lelah yang baru ku dapat tetapi ia amat bermakna pada diriku...

hari ini aku pilih kerana aku baru sahaja meletakkan sekeping surat ke atas meje cik Mazni,Pegawai HR department yang bertanggungjawab memastikan kebajikan warga hijau di SIRIM BERHAD,Surat yang tidak bertajuk tetapi sememangnya mempunyai makna yang mendalam bagi aku,tarikh 24 disember 2008 aku pilih untuk menamatkan tugasku di SiRIM BERHAD...

Akhirnya aku Quit iaitu lebih dari 24 jam,bukan bertindak kejam tetapi hanya jasadku berada di situ,hati dan fikiran sudah ke peluang yang lebih besar,peluang yang sememangnya tidak boleh dipersiakan kerana peluang hanya datang sekali,bukan berkali-kali,jadi do or die,itu sahaja yang bermain di fikiran..

jadikanlah kehidupan itu satu pengajaran,aku mula membuka minda, "mind is powerful tool that has strength to achieve" just believe..apabila kita tahu apa yang kita nak dalam hidup kita dan kita tahu keupayaan kita maka kita perlu buat,kerana ape?kerana kita perlu.....lu pikirlah sendiri...

3 comments:

ROSALINI said...

aku juga msh menunggu peluang yg tiba....xsbr aku nk blah dr sini......

tHe_One said...

hoh!... semoga ko berjaya mencapai cita2.... hehehehe

Anonymous said...

mcmane business???