Friday, April 29, 2011

Askar baju merah

Askar baju merah, lu orang tau tak ape kejadahnye tu? Ha..kalau lu orang nak tau, lu turun area klcc hari jumaat, dalam kol 12.30 lu orang da boleh nampak, gua hangin betul dengan department gua, sebab ape, department gua la yang jadi askar baju merah ni, department lain memang da jadi lame dah, yang gua hangin kenape hari jumaat? Dulu hari rabu gua boleh terima, tapi hari jumaat tak bole beb, hari jumaat la gua nak pakai baju melayu, lu bukan tak tau sifat kemelayuan yang tinggi dalam diri gua ni, maklumlah ade darah mat kilau dan dato bahaman (kate ko) lebih hebat daripada persatuan ' perkasa' sifat kemelayuan gua ni, macam mane melayu nak suppport orang melayu? Pakai baju melayu pergi keje pun da tak boleh, ape sengal kompeni gua ni, hangin pulak gua hari ni, da la customer pun asyik nak memekik, gua shoot baru lu orang tau, habis kesabaran gua selama due tahun berkhidmat kat sini, nak dijadikan cerita, gua pun tak pakai la baju merah askar ni, biaselah muke baik tapi hati keras beb, bile tak pakai baju merah askar ni kene denda, lu tau ape denda die, rm 5, gua cakap kat diorang apehal gua kene bayar pulak, gua cakap lagi gua bukan takde duit nak bayar, setakat rm 5, tapi kenapa gua kene bayar, bukan ade dalam rules pun, gua ade prinsip beb, tapi bertekak dengan diorangni tak gune beb, lain la kalau letak parang kat leher baru jalan gua rasa, nak tak nak lu bayar la kan, gua ingat nak bayar rm50, kire macam advance payment la untuk hari-hari berikutnya, tapi tak boleh beb, last-last gua keluar duit syiling 10 sen 50 keping, ha amik..
P/s: cerita ini ditambah perisa dengan sengaja tanpa merubah fokus ketidak puasan hati gua.

1 comment:

siha said...

tak lama dah pun, sket je lg