Monday, November 17, 2008

Bolalanihancur...


bolalanihancur....
tajuk ni aku pilih khas untuk menyuarakan pendapat aku tentang sukan yang sangat diminati baik di dalam malaysia mahupun di luar negara iaitu bola sepak, buat pengetahuan semua aku adalah "die hard fans" atau kipas susah mati liverpool,sebuah kelab EPL yang mempunyai byak sejarah gemilang dan terbilang.Aku bukanlah nk membelakangi bolasepak Malaysia tapi hakikatnya begitulah ekoran daripada prestasi buruk yang ditunjukkan oleh bolasepak Malaysia. Negara Malaysia baru-baru ini menjemput beberapa buah negara yang tak ternama dalam sukan bolasepak seperti sierra leone,vietnam,myanmar,tetapi itupun kalah juga di tangan vietnam yang hanya membariskan pemain-pemain muda di bawah 23 tahun. Malu r weh, Malaysia pada ketika ini menduduki tangga ke 151 dunia menerusi ranking terbaru FIFA iaitu berada di belakang Thailand(116), Indonesia(132) Singapore(136) dan negara yang teruk diserang Iraq(75). Apa sudah jadi pada bola sepak Malaysia? Sebagai seorang peminat bolasepak aku berasa terpanggil untuk menyuarakan rasa ketidakpuashatian ini.Adakah pemain-pemain bolasepak Malaysia tidak berkebolehan?adakah masalah jurulatih malaysia?adakah ianya masalah penyokong bolasepak tempatan?Jika anda lihat pada beberapa tahun dahulu Claude Le Roy pernah menjadi jurulatih negara ini,tetapi di Malaysia ia tidak dapat mengecapi apa-apa sedangkan dia berjaya membawa Ghana mendapat tempat ketiga piala negara-negara Afrika baru-baru ini.Jadi masalah jurulatih tidak timbul pada pandangan aku. Jadi cuba kita fikirkan apakah masalahnya,pada pandangan aku, inilah yang berlaku jika bolasepak dikusai politik dan korupsi. Selagi tidak dibersihkan selagi itulah bola kita hancur,Ayuh sama-kita berubah, bak kate slogan Obama, we need Change, fikirkan,lu pk lah sendiri..

No comments: